Keunggulan Masjid Al-Azhar Pasti Menjadi Inspirasi Setiap Penuntut Yang Mencintai Suasana Ilmu::

Keunggulan Masjid Al-Azhar Pasti Menjadi Inspirasi Setiap Penuntut Yang Mencintai Suasana Ilmu::

Berdampinglah Dengan Para Ulama' Yang ikhlas Dengan Agama & Ilmunya::

Berdampinglah Dengan Para Ulama' Yang ikhlas Dengan Agama & Ilmunya::

BARISAN AJKT BKPSM SESI 2009/2010::

BARISAN AJKT BKPSM SESI 2009/2010::

Barisan AJKT & Wakil Ahli BKPSM,Perubatan,DPM Alex

Barisan AJKT & Wakil Ahli BKPSM,Perubatan,DPM Alex

Barisan AJKT BKPSM & Wakil Ahli BKPSM Cawangan Alex (banin)

Barisan AJKT BKPSM & Wakil Ahli BKPSM Cawangan Alex (banin)

AJKT BKPSM & Wakil Ahli BKPSM Alex (banat)

AJKT BKPSM & Wakil Ahli BKPSM Alex (banat)

Program Lawatan Mahabbah AJKT BKPSM'10/11 ke Iskandariah

Alhamdulillah.. Pada 26hb. November 2010,saya dan sahabat seperjuangan dalam AJKT BKPSM serta beberapa ahli BKPSM Cawangan Kaherah telah bersama kami dalam mengadakan lawatan ke Iskandariah dalam rangka Program Lawatan Mahabbah,Diantara wakil Cawangan DEMMAS iskandaria,wakil Persatuan Perubatan alex dan Wakil Dewan Perwakilan Mahasiswi alex. Alhamdulillah,saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah ta'ala kami berjaya mengeratkan silaturrahim dalam memperbaiki hubungan diantara persatuan BKPSM dengan persatuan luar kaherah,khasnya di iskandariah. Apa yang kami harapkan dari program ini,ialah dapat membantu kerja2 DEMMAS dalam menjaga kebajikan Ahli BKPSM di luar kahera, dan sekaligus dapat membantu kami untuk mengawasi Ahli BKPSM itu sendiri agar tidak terlibat dalam unsur2 yang kurang sihat. Demi menegakkan amar ma'aruf nahi mungkar.. Wallahu ta'ala a'alam...

Kempen Biah Solehah BKPSM

Kempen Biah Solehah BKPSM

Halaqo Usroh BKPSM di Alex

Halaqo Usroh BKPSM di Alex

Majlis Pembacaan Kutub Sittah (siri 2)
2010M / 1431H
Dalam Melahirkan Generasi Para Ulama' Nusantara






Majlis Pembacaan Kutub Sittah (siri 1)
2009M / 1430H







Firman Allah ta'ala yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad);"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah),Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.

Mafhum hadith: Daripada Rasulullah SAW telah bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu semua,dua perkara apabila kamu berpegang dengan keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya,yakni kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW.

Alhamdulillah,Saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi,kerana dengan izinnya, majlis yang semulia ini banyak memberi saya berubah dan bersemangat dalam mengejar dan menimba ilmu-ilmu yang ada di bumi anbia,insyaAllah. Saya bersyukur dan berterima kasih juga ke atas PMRAM yang dapat menganjurkan Majlis-majlis mulia seperti ini,muda-mudahan usaha dan pengaorbanan snior2 yang kerap bertalaqqi bersama masyaikh al-Azhar dapat memberi dan membantu generasi ilmuan yang menuntut di mesir ini dalam melahirkan lebih ramai lagi generasi para ulama', dalam menyebarkan dakwah islamiah di tanah air khasnya,ammnya di merata dunia dan kepada seluruh ummat Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu ta'ala a'alam....

Majlis Memuliakan Para Masyaikh Qurra' al-Azhar as-Sarif







Alhamdulillah... Saya bersyukur pada Allah s.w.t yang tidak terhigga,kerana dengan izin dan limpah kurnianya,saya terpilih dalam majlis para ulama' al-Quran dan masyaikh maahad qiraat shubro,dan yang membuatkan kami tersentu hati lagi,iaitu syeikh maulana said ali abdul majid abdussami',beliau adalah syeikh qiraat dan pengasas maahad qiraat shubro dan dalam patra yang begitu lama beliau telah ramai membimbing dan melahirkan para huffaz,para qurro sala satunya ialah syeikh Muhammad Abdul Nabi abdul hasib,beliau adalah syeikh marhalah saya dan guru tasmi' saya dan beliau juga adalah syeikh yang termuda mengajar di maahad qiraat hinggalah kehari ini. Imam Syafie' telah berkata dalam kata mutiara'y diantaranya hindaklah kamu sentisa berdamping dengan para ulama agar kamu juga menjadi seperti mereka. Dalam hadish Nabi s.a.w yang mafhumnya:tidaklah ia tergolong dalam ummatku apabila dia tidak menghormati orang tua yang muslim dan tidak memuliakan alim ulama' dan tidak menyanyangi yang lebih mudah dari'y... Wallahu ta'ala a'alam...

BERJEMAAH DI MASJID / SURAU LEBIH UTAMA
Sembahyang jemaah di masjid adalah lebih utama bagi lelaki daripada di rumah, kecuali sembahyang sunnat.

Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya: Dari Zaid bin Sabit r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: Sembahyang kamu wahai manusia di rumah masing-masing, kerana sesungguhnya yang seutama-utamanya ialah sembahyang manusia itu di rumahnya, kecuali sembahyang yang difardukan.
Riwayat – Bukhari dan Muslim.

Dalam sepotong hadith lagi, Rasulullah s.a.w. menerangkan lima perkara atau pengurnian akan diberikan kepada sesiapa yang sembahyang lima waktu berjemaah di masjid / di surau, sebagaimana sabdanya:
Maksudnya: Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah) :
Pertama: dia tidak ditimpa kefaqiran di dunia.
Kedua : Allah membebaskan dia dari seksa kubur.
Ketiga: dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya.
Keempat: dia melalui jambatan ( silatul mustaqim ) sebagai kilat yang menyambar.
Kelima: Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa.
( Darratun Nasihin )

HUKUM MERINGAN-RINGANKAN SEMBAHYANG BERJEMAAH
Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu adalah sunat mukkad yang sangat dituntut oleh syariat dan hukum mendirikannya adalah fardu kifayah. Jadi, jika sekiranya sesebuah kampung itu tidak mendirikan jemaah, maka seluruh penduduk kampung itu menanggung dosanya kerana sembahyang berjemaah itu termasuk syiar dan lambang keagungan agama. Dan ada sebahagian ulama meletakkan hukum sembahyang berjemaah hukumnya adalah: fardu ain, iaitu wajib.

Sebagaimana telah difirmankan dalam al-Quran al-karim:
Maksudnya: Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku’.
( Ayat 43,Surah al-Baqarah )

Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya: “barang siapa meringan-ringankan sembahyang berjemaah maka Allah akan membalasnya dengan dua belas kecelakan:

Tiga ketika di dunia, tiga ketika hendak mati, tiga ketika dalam kubur dan tiga ketika di hari qiamat.
Adapun tiga ketika di dunia ialah :
1. Allah ta’ala menghilangkan berkat dari usaha dan rezkinya.
2. Allah mencabut cahaya orang-orang saleh daripadanya.
3. Dia dibenci oleh orang mukmin.

Adapun tiga ketika hendak mati (sakaratul maut) ialah :

1. Ruhnya dicabut sedang dia dalam keadaan sangat dahaga walaupun telah minum air seluruh sungai.
2. Merasakan sangat sakit ketika dicabut ruhnya.
3. Dia dikhuatirkan hilang imannya. Ketika berlindung kepala Allah ta’ala.

Adapun tiga ketika dalam kubur ialah :

1. Soalan malaikat Mungkar dan Nakir sangat menyulitkan.
2. Kuburnya menjadi sangat gelap.
3. Kuburnya menghimpit hingga bercantum tulang-tulang rusuknya.

Tiga ketika di hari kiamat :

1. Hisabnya sangat menyusahkan.
2. Allah Ta’ala murka kepadanya.
3. Diseksa oleh Allah Ta’ala dengan api neraka. Kita berlindung kepada Allah.

Dalam sepotong hadith lagi Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “telah datang kepada malaikat jibrail dan mikail alaihis salam seraya berkata: Hai Muhammad, sesunggunhnya Allah Ta’ala telah mengirimkan salam kepadamu dan Dia (Allah) berfirman: “Orang yang meninggalkan sembahyang jemaah dari ummatmu tidak akan mendapat bau harumnya syurga meskipun amalnya lebih banyak daripada amal penduduk bumi, dan orang yang meninggalkan berjemaah itu dikutuk di dunia ini dan di akhirat kelak”.

Marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar dan beramal daripada apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t, dan yang telah disabdakan dalam banyak hadith Nabi besar kita Muhammad s.a.w. Janganlah kita menjadi orang yang berilmu tetapi dengan ilmu yang kita ada lebih menyesatkan dan menjauhkan diri kita beribadah kepada Allah s.w.t. Muda-mudahan dengan peringatan yang saya kongsikan ini,diri saya yang terlebih dahulu dapat mengamalkannya.. Amin Ya Rabb... Wallahu Ta'ala A'alam...